Masyarakat Cina merupakan
kaum yang kedua terbesar selain daripada kaum Melayu dan kaum India.Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,hubungan politik dan perdagangan antara
Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan China telah wujud berabad lamanya.Ekoran
daripada hubungan politik dan perdagngan yang kuat antara kedua-dua buah
kerajaan,China pernah berperanan sebagai pelindung kepada Melaka daripada
ancaman Siam pada ketika itu.Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada kurun
ke-19 disebabkan oleh faktor keperluan tenaga buruh yang semakin meningkat di
Tanah Melayu yang dibawa masuk oleh British bagi menangani masalah kekurangan
tenaga buruh.Keadaan hidup yang lebih membaik di Tanah Melayu telah
menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu.Kebanyakan orang Cina datang
sebagai tenaga buruh atau tukang kraf.
Perkahwinan
Perkahwinan
Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM.
Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk
berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya.
Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan
nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
Walaupun
China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza,
terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga
aksara dan enam etiket.
·
Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki
menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah
untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan
kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau
langsung dikenali.
·
Pembandingan Hari
Jadi: Jika keluarga bakal menantu
perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan
hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina,
mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.
·
Harga pengantin perempuan (Hadiah
Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan
mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah
pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin
perempuan.
·
Penyampaian Hadiah
Perkahwinan: Hadiah perkahwinan
berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.
Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.
·
Pemilihan Hari
Perkahwinan: Takwim Cina akan
dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.
·
Upacara
Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara
perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki
sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:
·
Perarakan
Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari
rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu
terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam
tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), sertahantaran kahwin pengantin perempuan
dalam bentuk wang.
·
Penyambutan
Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti
di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang
dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam
rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke
tempat.
·
Upacara Perkahwinan
Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar
perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada
Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.
·
Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan
dikenali sebagai xǐ-jǐu yang
secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah
jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga
upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan
para tetamu.
No comments:
Post a Comment